9.15.2004

Hidung.

Sebenarnya tidak perlu diulas lagi tentang kehebatan hidung. Ramai pun yang sudah biasa dengan manfaat yang diberikan oleh hidung. Hidung terletaknya di tengah-tengah muka diantara mata dan mulut dan boleh dikenali dengan lubangnya yang berjumlah dua.

Hidung membolehkan kita untuk menghidu bau-bauan yang berbeza tetapi itu hanyalah kebaikan yang sekunder. Kebaikan paling penting hidung ialah membenarkan kita mengisi masa-masa lapang dengan mengorek hidung.

Ah... tiada apa di dunia ini yang lebih melegakan daripada mengorek hidung (kecuali mungkin menjilat tetek). Mengorek hidung boleh dilakukan di mana-mana sahaja maupun di rumah, sekolah atau di pejabat. Anda boleh mengorek hidung dalam kereta semasa terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas ataupun anda boleh mengorek hidung sambil bermain permainan arked "Dance Dance Revolution".

Koreklah hidung anda sebelum hidung anda dikorekkan.